SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Tuntut Penjelasan Tindakan Kurang Profesional FAM

Kelab Penyokong Rasmi Bolasepak Kelantan, menuntut penjelasan dan gantirugi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia, ekoran tindakan membuang beberapa KAIN RENTANG/BANNER yang dipasang di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby, 19 Mei lalu.

Pengerusi KPBSK, Mohd Yahya Jamada Ali dalam satu kenyataan baru-baru ini, berkata BANNER yang dipasang tidak langsung bersifat provokatif atau menyentuh sensitiviti, atau mencaci peribadi mana-mana individu khususnya pegawai FAM, sebaliknya hanya mengandungi kata-kata semangat dan sokongan padu buat Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Antara banner yang dirampas, adakah ia menjadi satu kesalahan untuk menggantung banner-banner seperti ini?

“Kami agak kecewa dan terkilan, banner yang mengandungi wajah TSAM dan kata-kata semangat buat beliau dan pasukan, dibuang tanpa alasan munasabah, tanpa sebab kukuh. Apakah menjadi satu kesalahan untuk memberi sokongan kepada bapa pembangunan bolasepak Kelantan?

“Kami juga telah mengikut protokol dan prosedur kain rentang yang dibenarkan tanpa melanggar mana-mana arahan, ini menunjukkan FAM langsung tidak professional dan perbuatan mereka ini menjurus kepada dendam peribadi,” ujarnya.

Lebih mengecewakan, Mohd Yahya juga menjelaskan bahawa pemeriksaaan terhadap kain rentang juga telah dibuat terlebih dahulu pada waktu tengah hari oleh pihak stadium dan pegawai FAM, dan mereka sendiri yang membenarkan 5 kain rentang dipasang di tempat yang telah ditetapkan.

“Kami beredar dari stadium selepas selesai menggantung sekitar jam 2 petang, tetapi apabila kembali ke stadium pada pukul 6.30ptg, kami dapati dua bidang kain rentang yang digantung sudah tiada, kami difahamkan ada beberapa pegawai keselamatan dan pegawai FAM telah membuang dan merampas banner itu tanpa alasan, kami berpendapat tindakan itu di luar normal kemanusiaan,” tambahnya.

Susulan daripada kejadian itu juga, KPBSK telah membuat laporan polis dan mahu penjelasan wajar daripada FAM di atas apa yang berlaku, di mana kelab peminat telah bertungkus lumus menyiapkan banner tersebut semata-mata sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada wira kesayangan mereka dengan kos sekitar RM5,000 bagi dua banner tersebut namun dirosakkan oleh orang yang tidak tahu tentang bolasepak.

Oleh : http://suarasukan1mas.blogspot.com

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!