Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!

Ulasan Perlawanan JDT Fc Lwn Kelantan Fa

Kemaskini pada 24/05/2013 / Oleh Webmaster


Sebenarnya separuh masa pertama diamond Shakir-Zairo-Daudsu adalah antara taktikal terbaik Bojan laku kan di kawasan tengah musim ini, nampak sangat beliau membaca game dengan cara yang betul.

Separuh masa pertama tidak di nafikan it was brilliant nampak pada kejituan menyerap tekanan, dan dapat di baca kefokusan pemain benar-benar menunjukkan mereka menerima suntikan efektif dari suara Coach sebelum permainan.

Zairul dan Farisham separuh masa pertama juga nampak kompos, dan kita kurang menyerang kerana tak banyak Over-lapping dari kedua Fullback yang diamanahkan untuk menjaga Azwan Roya dan Nunez/Norshahrul.

Keberkesanan jelas terbayang, namun yang silapnya hanya kerana Zairo bermain terlalu kebawah dan tidak Attacking, dan gandingan Fakri dan Haris adalah seteruk-teruk gandingan yang Bojan letak musim ini.

65 minit kita bermain untuk cuba tidak bolos dengan harapan ada gol di jaringkan terlebih dahulu sebelum moral pemain di bunuh terus apabila tidak mampu menjaringkan gol dan terpaksa Concedes gol.

Ini begitu jujur dan senang di baca, kerana Striker tak score, bek pun letih untuk bertahan. Simple Math for football. Saya sendiri tak ada masalah jika salah seorang Fakri atau Haris starting, tapi saya mengharapkan seorang sahaja dari mereka dan digandingkan dengan Khairul Izuan Rosli.

Yang positifnya gaya permainan tidak tamak untuk menyerang, banyak set back kebelakang sedikit di area Middle Third ketika menyerang, saya amat menyukainya.

Ianya memang selera saya, menyerang berhati-hati dan kompos serta fokus sedaya mungkin. Walaupun kita tahu permulaan permainan tak ada gol akan di hasilkan oleh kedua pasukan, kerana gerakan tertumpu di tengah dan sampai di Box anda tidak lagi mampu untuk mencuri peluang membuat Through pass.

Tak boleh nak kata juga, sebab Through pass ke Wide kiri dan kanan mungkin berjaya, tapi Bek sangat Deep menjadikan peluang untuk menjaringkan gol di separuh masa pertama sangat sukar, akhir nya Shoot jarak jauh di lakukan dan ianya tidak berkesan kerana Blocking dan Deflected ball akan berlaku, membias sekuat mungkin.

Terbayang kalau kita ada Hairudin Omar yang memerangkap Apek dengan sepakan deras membias begitu menjadikan gol yang penting terhasil dan boleh membunuh harapan lawan.

Apa yang saya perhatikan, kenapa Johor kerap Come back, adalah kerana gaya Fandi Ahmad seorang yang membaca kelemahan pasukan nya dahulu sebelum membaiki di separuh masa kedua.

Gaya Coach Amatur yang merendah diri dan keberkesanannya sangat besar. Awal musim Fandi hampir menghilangkan kepercayaan penyokong mereka kerana terlalu lalai di Separuh Masa Pertama, namun kembali bangkit di separuh masa kedua.

Bermula Second Half Bojan tekan kan perkara yang sama, Zairo masih lagi bertukar hantaran pendek dan sekejap dengan partner diamondnya Shakir dan Daudsu, sesekali ternampak keserasian nya dengan Faiz, satu-satunya pemain yang di harap mampu melakar kejutan, namun Faiz berdepan situasi sukar kerana menentang DTFC ketika bek mereka sudah pulih dari pembedahan masalah bertahan.

Ketiadaan Muslim dan Upgrading System oleh Fandi dengan memasukkan Bek lokal yang boleh diharap, menukarkan kapten kepada Kamarul nampak membuahkan hasil. Pemain lokal begitu berjuang untuk 2 perkara besar didalam diri.

Satu, untuk lekat dalam skuad utama Fandi, kedua mereka mahu darah dan maruah Johor secara lokalitinya di pertahankan secara bermati-matian. Ini saya bayangkan waktu tahun pertama Mourinho bermain El Clasico Real turun dengan tanpa pemain yang pertahan kan darah Los Merengues. Tersungkur 5-1 di baham gergasi Blaugrana.

Ini perjuangan maruah. Kita juga mempunyai serapan itu, terbayang di nadi Apek, Farisham dan Zairul. Mereka bertiga tak ada salahnya dalam bertahan sehinggalah Norshahrul menyusun tarian nekad untuk mengajar Kelantan apa itu dendam yang terpendam.

Kalau lah Bojan membaiki serangan sebaik sahaja Separuh Masa Kedua bermula, ianya sedikit membantu, sehinggakan Obinna sendiri nampak seperti bermain untuk Nigeria ketika berhadapan Samuel Eto’o. Begitu bersungguh-sungguh dan nampak perit di wajahnya selepas jaringan memecah kebuntuan.

Untuk sedikit jujur, Haris nampak sedikit berbeza kearah positif di game ini, namun ketumpulan nya yang gagal di asah di Kelantan sejak mengalami penurunan sebelum berpindah lagi akhir nya tidak menjadi tanda tanya lagi, beliau memang gagal di musim ini.

Usia nya yang sepatutnya muda untuk bangkit semula mencari Form, namun dek kerana di usia muda nya sudah meletup, nampaknya beliau kelihatan mempunyai masa depan yang gelap di Kelantan.

Selepas Norshahrul meledak, saya membayang kan pada minit ke 68 ketiga-tiga Aces Kelantan akan dimasukkan bersama-sama terus, yakni Bojan terpaksa membunuh sikap statiknya secara total dengan membuat 3 pertukaran terus, namun itu hanya mimpi fantasi sahaja saya berimiginasi.

Saya tak tahu kalau ketiga-tiga mereka di bawa masuk berterusan akan mengubah game, tetapi saya yakin ianya mampu membuka mata Fans bahawa Bojan akan menekan butang panik, tetapi kita semua melayu, no panic button this season at all.

Lepas gol kedua dari Azwan Roya, saya terus ke bawa anak ke tandas dengan saya sendiri mengambil masa yang lama lepak di dalam tandas, akhirnya saya keluar dan pulang tanpa memikirkan apa yang berlaku selepas itu.

Saya rasa Bojan sudah benar-benar berjasa dan menggilap kemampuan nya musim lepas, namun musim ini cabaran nya berbeza, kita membayangkan Azrai Khor selepas membidik Treble kedua beliau terus ke cabaran peringkat Nasional. Saya fikir Bojan sesuai melatih team Ong Kim Swee sekarang dan Ong menggantikan Dato KR.

Walaupun pemikiran ini nampak ‘lari tune’, saya faham Bojan masih ada masa untuk buktikan dia berjuang untuk membawa team yang lumpuh dek susunan jadual dengan memberikan kepada pengkritik beliau Piala FA.

Sudah tentu dia berpeluang untuk kekal melatih Kelantan bagi kejohanan Piala Malaysia selepas itu. Secara jelas ramai yang begitu Vokal dengan ketidak mampuan Bojan menggarap team yang kepenatan ini didalam MSL, walaupun suara Presiden sudah sekali dua berdengung mengkritik Bojan secara terbuka, ianya berbeza kritikan terbuka Fans dan President.

Untuk diri saya secara peribadi, piala FA bertemu Johor mungkin di idam kan, dan jika berlaku kekalahan kedua kepada Johor musim ini di gelandangan terbesar, pastinya Unacceptable. Tapi secara jujurnya saya tidak lagi mahu bertemu dengan DTFC di Piala FA.

Ianya dendam yang terlalu awal untuk dilempiaskan. Saya impikan membenam cabaran DTFC di Final Piala Malaysia. Better late then never? yes i’m a Betterman. Salam Unprovoked Deceleration untuk semua penyokong DTFC yang matang.

Semalam saya menjabat tangan dengan 3 orang Fans DTFC, saya nampak mata mereka bersinar, begitu meraikan persahabatan ini. We can forgot our bad ass war, keep calm and fighting for our flag. Keep the Red-White Checkered Flag Flying High!

betterman@kelate.net

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.


Sokongan Kami Zaman Berzaman