
Aplikasi meruntun jiwa dan implikasinya kepada penyokong sebenar.
Produk aksesori yang menghantui Stadium bolasepak sejak tersebarnya berita produk ini mengganggu corak sokongan dan sorakan penyokong bolasepak selepas Perlawanan Akhir Piala Fa tempohari. Vuvuzela mampu menghasilkan Background Noise yg mencecah 100 dBA secara berterusan. Kajian menunjukkan tahap kebisingan vuvuzela (full volume) adalah amat tinggi iaitu 127 decibels. Sekaligus melebihi bunyi drum (122 decibels), gergaji/chainsaw (100 decibels) dan wisel pengadil (121.8 decibels).
Ok tamat bab pengenalannya. Kita ke topik penggunaannya. Kajian ini melalui pemerhatian saya sahaja. Mungkin ada yang tidak benar, harap boleh terima kekurangan penulisan ini. Didalam stadium, apabila benda ini ditiup, ianya membantu untuk mengurangkan bunyi suara sorakan atau suara apa sahaja.
Ada yang berpendapat tak kisah kerana ianya meriah dan orang datang ke Stadium bukan untuk berborak tetapi untuk memeriahkan kegamatan. Masalahnya kegamatan yang dicipta kena ada coraknya sendiri. Tidak boleh semberono, perlu ada aturan.
Perlawanan bolasepak biasanya membabitkan suara menyanyi, suara kebersamaan senada, gempita dalam kesatuan suara, selain rentak yang dibentuk melalui alat muzik lain seperti Gendang, Rebana dan lain-lain mengikut gaya pasukan penyokong masing-masing.
Penyokong bolasepak Afrika yang mula memperkenalkan benda ini, mereka sebenarnya terdiri dari penyokong yang sangat kreatif, dengan budaya tarian, bunyi-bunyian tersendiri namun mereka sebenarnya mempunyai terlalu banyak bahasa tempatan menjadikan mereka tidak senada dalam laungan, oleh itu penggunaan alat untuk menggamatkan suasana mereka cipta yang pertama nya melalui tiupan buluh yang di letak getah ketat mengeluarkan bunyi kuat hasil ukiran corong yang mantap salurannya.
Bermula dari kemeriahan African Cup Of Nation dalam 3 Edisi terakhir yang mula dipertontonkan kepada ramai, kekreatifan ini membawa kepada penyebaran besar penempahan alat ini untuk dijual.
Pengalaman yang saya miliki, melihat alat ini di tempah oleh Pemborong warganegara Afrika di Tanah Besar China khasnya di bandar Ghuangzhou, bandar barang tiruan tempahan terbesar yang di eksport ke serata dunia. Mula-mula peniaga Afrika dari negara Afrika sahaja menempah sampai bertan-tan dan jumlah jutaan ringgit juga.
Dari situ kemeriahan bunyi horn dan siren ini merebak ke Asia dan benua yang lepas masuk barangan tiruan, yang mana negara Eropah dan Uk sendiri sangat ketat dan penggunaan produk ini tidak meluas disana. Oleh itu penempah besar di Malaysia turut mendapat keuntungan besar, bermodalkan harga sangat murah tak sampai rm0.50 mereka menjual kepada pemborong dari dua hingga tiga ringgit, mengikut kadar volum tempahan.
Selain itu saya percaya produk ini masuk dari Thailand dan mungkin ada kilang di Pulau Pinang yang memproses alat ini untuk di jual. Jika di jual di tepi stadium, produk harga murah senang laku, senang dipelbagaikan produk lebih-lebih lagi dengan variasi warna dan jenis, menarik minat kanak-kanak dan mereka yang inginkan kegilaan kemeriahan.
Akhir ulasan mengenai fakta ini, saya serta kan pandangan umum saya mengenai penggunaan alat ini dengan implikasinya terhadap corak sorakan yang sepatutnya menggempitakan stadium, suara kebersamaan bukannya bunyi-bunyian yang benar-benar mengganggu.
Saya ada baca banyak sekali perbincangan dan cara pencegahan yang cuba dirungkaikan oleh rakan-rakan. Ada yang ingin menulis surat kepada FAM malahan AFF, ada yang ingin sampaikan suara kepada Kementerian Belia dan Sukan, ada yang ingin syarikat menjual ini ditutup.
Malahan ada yang mengugut untuk melarang penjual menjual di stadium, lebih teruk ada yang sanggup beli banyak-banyak dan bakar. Pelbagai itonasi yang keluar akibat tertekan dengan kepenggunaan alat ini. Ada yang ingin protes dijalanan di wisma FAM, ada yang ingin buat banner gantung di stadium. Macam-macam cara difikirkan.
Bagi saya banyak cara yang hendak dilakukan ada yang relevan dan ada yang langsung tak relavan. Namun bagi saya secara jelas nya amat sukar untuk dilaksanakan, kerana kos melibat kan jutaan ringgit modal pembelian jumlah penempah besar beramai-ramai.
Selain itu dasar kerajaan yang membenarkan barangan tiruan masuk berleluasa namun mereka hanya mengutip duit apabila merampas barang tersebut sebagai menunjukkan mereka ingin mendidik rakyat dengan sikap yang baik, walhal mereka yang membenarkan barangan ini masuk, perdagangan barangan tiruan hanyalah motif untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mempunyai bidang tugas untuk melaksanakan kerja dan melakukan kerja mendidik rakyat kononnya.
Saya tidak rasa perkara ini akan terlaksana mudah, prosesnya sangat berperingkat dan perlukan kerjasama banyak pihak. Sampai sekarang saya tak nampak cara yang paling relevan tetapi dengan kerja keras dan kerjasama ramai saya percaya dalam jangka masa lama perkara ini akan reda dan menjadi santai kembali apabila kena masanya, untuk hilang terus itu saya rasa tak mungkin.

Bagi saya rakyat Malaysia mempunyai sikap memprotes yang sementara, yang bersikap sekejap. Apabila surut marahnya dan timbul isu lain, perkara ini akan dilupakan begitu sahaja. Kita semua sudah lama membuat corak sorakan dengan pelbagai cara, namun perlawanan akhir baru ini sahaja yang benar-benar terasa, mungkin kerana kemeriahan penonton yang datang tak ada apa cara dan tak tahu bagaimana nak bersorak, semuanya tak di plan atau di rancang, jadi mereka menyambar produk RM5 yang terjual di tepi-tepi perjalanan mereka masuk stadium.
Oleh kerana permainan juga boring dan mereka yang hadir saya syak 30% adalah golongan pertama kali, mereka tidak mengandaikan ada kebersamaan dalam bersorak. Mereka tidak sempat fikir dan mereka tak pandai nak berbincang atau masuk Group, jadi mereka fikir cara mudah kalau bersorak pun tak dengar sorakan jadi mereka meniup benda alah itu.
Kemungkinan stadium juga terlalu besar dan perlawanan selepas ini kebanyakan perlawanan kecil, dalam ruang dan skop yang tidak luas, jadi perancangan kumpulan sorakan boleh di bentuk. Kita nantikan perlawanan malam ini di Johor melibatkan Johor FC dan Kelantan, saya menunggu input dari kumpulan sorakan Kelantan yang kesana secara berkumpulan, saya jangkakan tidak ada masalah untuk ber’chanting’ dan menyanyi, seperti di stadium kecil sekitar Kuala Lumpur, kita boleh berdikir, boleh menari dan sebagai corak boleh di bentuk, tanpa perlu risau.
Jadi biar lah perkara ini mengambil masa dan ruang nya tersendiri untuk berubah. Saya tak rasa akan semakin merebak dan semakin teruk. Kecuali bila perlawanan penting di stadium yang berkapasiti besar, kita perlu lipatgandakan usaha untuk memperkasakan periklanan kita yang jitu dalam mengajak penonton kita yang akan hadir tahu apa kah corak sorakan yang kita akan bentuk. Info kena sampai, selain itu yang terpenting sekali, BERSATU.
Ini sangat susah untuk dicapai dan tak perlu lah kertas kerja, artikel atau debat memperbincangkan nya kerana umat Melayu sudah menghabiskan masa bercakap sahaja mengenai BERSATU ini. Kita cuba sedaya mungkin dan berserah kepada Allah agar usaha yang baik kita cuba sahaja, selain mengharapkan doa semoga benda baik yang kita ingin capai tidak menggunakan cara kekerasan sebelum mencapai kata sepakat.
Oleh: Cekgu Speing
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!